PERANAN DIKSI DAN ANALISIS AYAT
DIKSI
Diksi
ialah salah satu istilah yang digunakan dalam dunia penulisan atau dunia
sastera. Istilah diksi merujuk kepada pemilihan kata atau pelbagai macam makna
kata yang ada di dalam karya. Kita memilih kata yang tepat untuk menyatakan
atau menyampaikan sesuatu. Diksi bukan sahaja bererti pemilihan kata tetapi juga digunakan untuk menyatakan sesuatu gagasan.
Penggunaan diksi biasanya dilakukan untuk menjadikan sesuatu penulisan atau karya menjadi lebih menarik, mudah difahami dan lebih sesuai dengan sesuatu yang ingin digambarkan oleh penulis atau pengarang kepada pembaca.
Selain itu, diksi juga membawa maksud pemilihan kata dan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis atau diksi secara umumnya juga bermaksud seni berbicara yang jelas sehingga setiap kata dapat didengar dan difahami oleh pembaca. Gaya bahasa dikatakan berkait dengan ungkapan-ungkapan yang mempunyai nilai artistik yang tinggi. Diksi sangat berguna dalam penulisan karya seperti puisi, novel dan sebagainya.
Penggunaan diksi biasanya dilakukan untuk menjadikan sesuatu penulisan atau karya menjadi lebih menarik, mudah difahami dan lebih sesuai dengan sesuatu yang ingin digambarkan oleh penulis atau pengarang kepada pembaca.
Selain itu, diksi juga membawa maksud pemilihan kata dan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis atau diksi secara umumnya juga bermaksud seni berbicara yang jelas sehingga setiap kata dapat didengar dan difahami oleh pembaca. Gaya bahasa dikatakan berkait dengan ungkapan-ungkapan yang mempunyai nilai artistik yang tinggi. Diksi sangat berguna dalam penulisan karya seperti puisi, novel dan sebagainya.
Pemilihan
kata yang betul akan membantu seseorang penulis mengungkapkan sesuatu dengan
tepat berkenaan perkara yang ingin disampaikan sama ada secara lisan mahupun
penulisan. Pemilihan kata yang tepat haruslah bersesuaian dengan konteks yang
dipilih oleh penulis.
Contoh :
Nenek
saya mampus pagi tadi. (tidak
tepat)
Nenek
saya meninggal dunia pagi tadi.(tepat)
|
Peranan
atau fungsi diksi dalam dunia penulisan ialah :
ü Memperhaluskan
kata dan ayat supaya lebih indah dan menarik.
ü Tidak
menimbulkan interpretasi yang berlainan antara penulis dan pembaca.
ü Mewujudkan
komunikasi yang efektif dan baik.
ü Membentuk
gaya ekspresi seorang penulis dengan tepat dan berkesan.
ü Menarik
perhatian pembaca.
Secara
umumnya, diksi dapat diertikan sebagai pemilihan kata yang menarik, tepat dan
selaras untuk mengungkapkan gagasan sehingga mampu memberi kesan yang mendalam
kepada pembaca.
ANALISIS
AYAT (JENIS-JENIS AYAT)
JENIS-JENIS AYAT
Ayat-ayat
dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata,
ayat perintah dan ayat seruan.
Ayat
Penyata :-
-Ayat yang diucapkan
dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu.
-Dikenali sebagai ayat
berita atau ayat keterangan.
-Contoh : Datuk sedang
berehat di ruang tamu.
Ayat
Tanya :-
-Ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal dan diakhiri dengan tanda soal (?)
-Terdapat dua jenis
ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
-Ayat tanya tanpa kata tanya
ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada pada akhir ayat penyata.
Contohnya, “Adik masih belum makan?”
-Ayat tanya dengan kata tanya
ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, mana, bagaimana dan
sebagainya. Contohnya, “Apakah barang itu?”. Dalam bentuk tulisan ayat ini
perlu menerima partikel “-kah”.
Ayat
Perintah :-
-Ayat perintah ialah ayat
yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan dan terdiri daripada empat
jenis iaitu ayat suruhan,
ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan.
-Ayat suruhan ialah ayat
yang memberi arahan atau memerintah seseorang melakukan sesuatu perkara.
Contohnya, “Siapkan kerja sekolah ini.”
-Ayat larangan berfungsi
untuk melarang seseorang daripada melakukan sesuatu dengan menggunakan kata
larangan seperti jangan,
usah atau tak usah. Contohnya, “Jangan petik bunga itu”.
-Ayat silaan ialah ayat
yang digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang dan ayat ini
menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput. Contohnya, “Jemput makan.”
-Ayat permintaan ialah
ayat yang memohon permintaan atau pertolongan dan menggunakan kata permintaan
seperti minta atau tolong.
Contohnya, “Tolong ambil cawan itu”.
Ayat
Seruan :-
-Ayat seruan ialah ayat
yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit,
benci dan sebagainya.
-Tanda seru (!)
biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan dan didahului oleh kata seru seperti
amboi, wah, eh, oh, aduh,
cis dan sebagainya. Contohnya, “Cis, kamu biadap”.
SUSUNAN AYAT
-Terdapat dua bentuk susunan ayat iaitu susunan biasa dan susunan
songsang. Dalam susunan, subjek terletak di hadapan ayat dan predikat
terletak di belakang ayat manakala ayat songsang ialah ayat yang predikatnya
terletak di hadapan dan subjeknya terletak di belakang ayat.
-Contohnya :
*Pokok itu/ sangat
tinggi (Ayat biasa) (Subjek + Predikat)
*Sangat tinggi/ pokok
itu (Ayat songsang) (Predikat + Subjek)
-Ayat songsang boleh
dibentuk melalui proses pendepanan iaitu pendepanan
seluruh predikat dan pendepanan
sebahagian daripada predikat.
Ayat
Tunggal dan Ayat Majmuk :-
-Ayat tunggal ialah ayat
yang mengandungi satu subjek dan satu predikat manakala ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih
ayat tunggal.
-Contoh ayat tunggal
ialah, “Ayah seorang polis”.
-Terdapat tiga jenis
ayat majmuk, iaitu :
*Ayat majmuk gabungan (dan, lalu, maka, kemudian, lagi, serta, sambil, tambahan pula, malahan,
justeru dan sebagainya)
*Ayat majmuk pancangan
-Ayat majmuk pancangan
relatif (yang)
-Ayat majmuk pancangan komplemen
(bahawa, untuk, supaya, agar)
-Ayat majmuk pancangan
keterangan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sebab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara dan
perbandingan.
*Ayat majmuk campuran ialah ayat yang
mengandungi lebih daripada satu ayat majmuk.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
AYAT
AKTIF :-
-Ayat aktif dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat aktif
transitif dan ayat aktif tak transitif.
-Ayat aktif transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa
nama sebagai objek atau unsur penyambutnya. Hanya ayat aktif transitif dapat
dipasifkan kerana mempunyai objek. Sebagai contoh, “Ibu menggoreng ikan”.
-Ayat aktif tak transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti oleh
objek sebagai penyambutnya. Contohnya, “Adik menangis”.
AYAT
PASIF :-
-Ayat pasif dapat
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu ayat pasif dengan
imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan
kata ganti nama diri pertama dan kedua serta ayat
pasif dengan kehadiran kata bantu pasif “kena”
-Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja
ialah kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter- dan ianya
digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga. Contohnya, “Pokok bunga itu
ditanam oleh Mimi”.
-Ayat pasif dengan kata ganti
nama diri pertama dan kedua :
*Kedua-dua jenis kata
ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata dasar kerana tidak boleh
menerima imbuhan kata kerja pasif iaitu di-
*Contohnya, “Katil
tersebut perlu kamu kemaskan”
-Ayat pasif dengan kehadiran kata
bantu pasif “kena” :
*Mengandungi perkataan “kena” di hadapan kata kerja dasar yang
tidak menerima imbuhan awalan. Sebagai contoh, “Aishah kena denda oleh cikgu
tingkatan”
Comments
Post a Comment