Posts

info

PERANAN DIKSI DAN ANALISIS AYAT

Image
DIKSI Diksi ialah salah satu istilah yang digunakan dalam dunia penulisan atau dunia sastera. Istilah diksi merujuk kepada pemilihan kata atau pelbagai macam makna kata yang ada di dalam karya. Kita memilih kata yang tepat untuk menyatakan atau menyampaikan sesuatu. Diksi bukan sahaja bererti pemilihan kata tetapi juga digunakan untuk menyatakan sesuatu gagasan.  Penggunaan diksi biasanya dilakukan untuk menjadikan sesuatu penulisan atau karya menjadi lebih menarik, mudah difahami dan lebih sesuai dengan sesuatu yang ingin digambarkan oleh penulis atau pengarang kepada pembaca. Selain itu, diksi juga membawa maksud pemilihan kata dan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis atau diksi secara umumnya juga bermaksud seni berbicara yang jelas sehingga setiap kata dapat didengar dan difahami oleh pembaca. Gaya bahasa dikatakan berkait dengan ungkapan-ungkapan yang mempunyai nilai artistik yang tinggi. Diksi sangat berguna dalam penulisan karya seperti puisi, novel dan sebagainya....

Pemerengganan Berkesan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Asas mengarang Pemerengganan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sesebuah penulisan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan. Oleh itu, bagi menghasilkan pemerengganan yang berkesan, seseorang penulis itu hendaklah mengikut segala tertib dalam mengarang sesuatu isu.             Binaaan struktur karangan yang dihasilkan berkesan sekiranya seseorang penulis menerapkan aspek-aspek penting dalam wacana tersebut. Antaranya ialah menerapkan pelbagai aspek bahasa dari segi aras kata, iaitu tahap penulisan idea, frasa iaitu gabungan dua kata, klausa, iaitu adanya subjek dan predikat dan seterusnya adalah ayat, iaitu ayat mudah dan lengkap dalam menghasilkan wacana yang berfokus tanpa perlu meleret-leret yakni tiada penumpuan dalam mengupas sesuat...