Pemerengganan Berkesan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Asas mengarang Pemerengganan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sesebuah penulisan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan. Oleh itu, bagi menghasilkan pemerengganan yang berkesan, seseorang penulis itu hendaklah mengikut segala tertib dalam mengarang sesuatu isu. Binaaan struktur karangan yang dihasilkan berkesan sekiranya seseorang penulis menerapkan aspek-aspek penting dalam wacana tersebut. Antaranya ialah menerapkan pelbagai aspek bahasa dari segi aras kata, iaitu tahap penulisan idea, frasa iaitu gabungan dua kata, klausa, iaitu adanya subjek dan predikat dan seterusnya adalah ayat, iaitu ayat mudah dan lengkap dalam menghasilkan wacana yang berfokus tanpa perlu meleret-leret yakni tiada penumpuan dalam mengupas sesuat...